Hadi Digesa Dedah Nama Calon PKR Yang Didakwa Jadi Pengedar Dadah


KUALA TERENGGANU: Pemuda Umno Terengganu menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan nama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi pengedar dadah.

Ketuanya, Saiful Bahari Baharuddin berkata dakwaan yang dibuat Abdul Hadi dalam ceramah di Marang pada Ahad itu sangat serius kerana mengedar dadah merupakan satu kesalahan jenayah.

"Kita gesa Abdul Hadi membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan," kata Saiful Bahari, selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kuala Teregganu di sini pada Selasa.

Saiful berkata isu berkenaan juga akan membuka mata pengundi dan beliau menggesa mereka mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana