Empat ketua cabang PKR Sabah keluar parti...Tamparan Hebat Buat PKR


PKR Sabah hampir lumpuh sepenuhnya hari ini apabila ketua empat cabang utamanya mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Cabang-cabang berkenaan adalah Sandakan di bawah Mazhary Nasir, Kota Belud (Saidil Simoi), Kalabakan (Irianshah Yunus), Putatan (Abdul Zainal Atin dan timbalannya, Zainuddin Hassan).

Mereka menyerahkan borang penyertaan kepada Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Yahya Hussin.

Mazhary yang mengetuai kumpulan itu berkata, beliau dan rakan-rakannya meninggalkan PKR kerana mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan secara bersendirian apabila semuanya dikawal sepenuhnya oleh PKR pusat dan Anwar Ibrahim.

“Datuk Seri Anwar bukan apa-apa selain seorang pemidato hebat yang boleh buat sesiapa sahaja percaya kepada cakap-cakapnya,” jelas beliau di Kota Kinabalu hari ini.

Hanya tinggal 10 hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung dan perkembangan terbaru ini pastinya merencatkan usaha pembangkang untuk memenangi negeri itu.

Sabah disifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai simpanan tetap BN.

Ini kerana rakyat negeri itu secara berterusan memberikan sokongan kepada BN dan secara konsisten menolak pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana