Dun Terengganu bubar malam ini, Johor mungkin esok


DUNGUN - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan pembubaran Dun Terengganu berkuat kuasa hari ini untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ahmad yang membuat pengumuman itu pada pukul 10 malam tadi berkata, beliau telah menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Nur
Zahirah pada pukul 7.45 malam untuk mendapat perkenan baginda.

"Pukul 9 pagi esok Speaker DUN Datuk Tengku Putera Tengku Awang akan menghantar notis pembubaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Pada PRU12 Barisan Nasional (BN) Terengganu menguasai Dun Terengganu dengan majoriti dua pertiga apabila menang 24 daripada 32 kerusi Dun manakala untuk kerusi Parlimen, parti gabungan itu menang enam daripada lapan kerusi.

Ahmad turut mengesahkan bahawa beliau akan kekal bertanding bagi kerusi Dun Kijal pada PRU13 kali ini.

Dalam pada itu,  Kerajaan Negeri Johor dijangka mengumumkan pembubaran Dun esok bagi membolehkan pilihan raya umum negeri itu diadakan serentak dengan pilihan raya Parlimen.

Difahamkan Pejabat Menteri Besar tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pembubaran Dun Johor pada hari ini dan urusan itu dijangka hanya akan berlaku esok.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman hari ini mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di pusat pentadbiran kerajaan di Kota Iskandar namun beliau tidak mengadakan sidang akhbar selepas itu.

Difahamkan Abdul Ghani berlepas ke Kuala Lumpur hari ini untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana