Dr. Mahathir maafkan Azizan...Murni Sungguh Hati Tun


PADANG TERAP 25 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau memaafkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menuduh bekas Perdana Menteri itu mahu mewujudkan 'kerajaan Mahathir' di Kedah.

Dr. Mahathir berkata, beliau mengenali Azizan sebagai seorang yang baik dan beliau boleh berkata apa sahaja yang disukai."Dia orang baik...dia nak kata apa pun tak pa, saya maafkan dia.

"Saya biasa orang kata macam-macam, ada yang tuduh firaun pun dulu," katanya pada Himpunan Rakyat Bersama Negarawan di pekan Padang Terap di sini hari ini.

Semalam, Azizan menuduh Mahathir mahu mewujudkan legasi Mahathirisme dan 'kerajaan Mahathir' apabila meletakan Datuk Mukhriz Tun Mahathir bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana