DAP tamak, mahu bolot kerusi Johor: Dr Zainal


SHAH ALAM: Tindakan DAP ingin membolot kerusi-kerusi di Johor disifatkan sebagai petunjuk awal bahawa parti dominasi Cina itu ingin meletakkan kedudukan PKR sebagai paling rendah dalam pakatan pembangkang, kata Datuk Profesor Dr Zainal Kling.

Beliau merujuk kepada pendirian tegas Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang menuntut supaya PKR menyerahkan sebuah kerusi Parlimen sebagai pertukaran kerusi Segamat walaupun parti itu akan bertanding 21 kerusi berbanding PKR, 20 kerusi.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata, tindak-tanduk DAP lebih memperlihatkan kepada minat untuk mendahului PKR berdasarkan keyakinan untuk mendominasi kemenangan pembangkang di Johor.

Pada pilihan raya umum 2008, DAP merupakan parti tunggal yang berjaya memenangi kerusi di Parlimen Bakri dan menang empat kerusi negeri. Manakala PAS hanya menang dua kerusi negeri dan tiada kerusi yang dimenangi PKR.

Dr Zainal kemudian tidak menolak kemungkinan DAP akan mempergunakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memecah-belahkan undi orang Melayu.

"Jadi kalau undi Melayu sudah dipecah belah antara PKR dan PAS, maka undi Melayu dah tak kuat, PKR dapat sikit, PAS dapat sikit.. jadi yang kuat ialah undi Cina di bawah DAP."

Sementara itu penganalisis politik, Datuk Dr Firdaus Abdullah mempersoalkan prinsip yang dipegang komponen PKR dan PAS apabila ternyata DAP sebuah parti yang tamak dan hanya berjuang untuk kepentingan mereka semata-mata.

Beliau juga mendakwa kebergantungan Anwar kepada DAP mengakibatkan parti itu lebih berani menonjolkan sikap 'gila kuasa' disebabkan keghairahan Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri.

Kata beliau kesepakatan pembangkang hanya untuk tujuan merampas Putrajaya namun gagal diterjemahkan di peringkat parti masing-masing.

"Dia (DAP) merasakan sekarang Anwar amat bergantung kepada mereka, dan mereka bergantung sokongan kepada Cina, sebab itu mereka buat tuntutan yang tak berkesudahan, itu merupakan tafsiran kepada ketamakan DAP.

"Tamak DAP ini semulajadi tetapi ketamakan mereka semakin menjadi-jadi apabila Anwar memberi mereka muka," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana