Calon BN Parlimen Ampang Bantu Mangsa Kemalangan


KUALA LUMPUR 23 April - Program 'walkabout' calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Ampang, Dr Rozaidah Talib, terhenti seketika ekoran terdapat kemalangan melibatkan seorang pelajar sekolah rendah di kawasan berdekatan program tersebut.

Menurut saksi kejadian, mangsa, Anis Fitriah Salehuddin, 12, yang dalam perjalanan pulang dari sekolah tidak sempat mengelak ketika beliau dan seorang lagi rakannya cuba melintasi sebatang jalan di sini.

Rakan Anis dari Sekolah Rendah Agama Kampung Melayu Ampang, walaubagaimanapun sempat menlintas dengan selamat.Rozaidah yang berada di lokasi bergegas ke tempat kejadian bagi membantu mangsa dan terus menelefon paramedik.

Ambulan tiba kira-kira 15 minit kemudian dan membawa mangsa ke Hospital Ampang.

Turut membantu, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa Mohamad Nadzim Ibrahim.Rozaidah kemudiannya meneruskan walkabout di Pasar Malam Bandar Baru Ampang untuk beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung.

Comments

Itu lah contoh terbaik dpd pemimpin2 BN. Rakyat didahulukan. Yg lain2 dok buat apa?. Semua pemimpin BN memang berjiwa rakyat. UNDILAH CALON2 DARI PARTI BARISAN NASIONAL SAHAJA.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana