CALON BN DIARAK NAIK_KERETA KEBAL


NIBONG TEBAL, 17 April -- Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman (tengah) dan calon BN bagi Sungai Bakap, Mohd Foad Mat Isa (kanan) diarak dengan kereta kebal "Adnan And The Gang" di kampung Jalan Sungai Kechil di sini sebagai memberi sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut Pengerusi Kelab 1Malaysia Jalan Sungai Kechil, Mohd Adnan Hassan, kereta kebal tersebut direka sebagai menghormati para wira-wira negara kita yang bertarung dalam insiden pencerobohan di Lahat Datu, Sabah baru-baru ini.Tambahnya lagi semangat yang ditunjukkan oleh wira-wira negara kita itu membakar semangat Kelab 1Malaysia Sungai Kechil menyokong dan berkempen untuk BN pada PRU13.
Menurut Mohd Adnan sebanyak RM3,000 dibelanjakan oleh kelab berkenaan untuk mereka replika kereta kebal berkenaan.

Kemungkinan kereta kebal berkenaan juga akan digunakan pada hari penamaan calon pada 20 April ini, kata Mohd Adnan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana