Bom Jangka!!!! Tun M akui simpan surat Wan Azizah


KUALA LUMPUR: Selepas 15 tahun menyimpan rahsia, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengakui menyimpan surat Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang dihantar kepadanya.
 Bagaimanapun Dr Mahathir enggan mendedahkan isi kandungan surat setebal 18 muka surat itu.Menurutnya ia terlalu peribadi untuk didedahkan dan beliau juga tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif."Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.
"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.

"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana