BN yakin dapat rampas semula kerajaan Selangor


SHAH ALAM 16 April - Barisan Nasional (BN) Selangor yakin akan merampas semula kerajaan negeri Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 ini apabila 80 peratus daripada mereka yang terpilih untuk bertanding pada 5 Mei nanti adalah muka-muka baru.

Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selepas melalui perjalanan yang getir sejak lima tahun lalu dan mempelajari daripada kesilapan yang dilakukan, BN Selangor sudah bersedia untuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat.

Barisan calon BN Selangor ini adalah yang terbaik, satu barisan transformasi yang saya yakin dapat memenuhi jangkaan serta harapan rakyat di negeri Selangor,katanya pada sidang akhbar mengumumkan senarai calon BN di Selangor di Bangunan UMNO Selangor di sini pagi ini.

Pada PRU-13 ini, UMNO akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 35 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, manakala MCA pula tujuh kerusi Parlimen dan 14 DUN.

Parti komponen BN, MIC pula bertanding di empat kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN, Gerakan (1 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN), PPP (satu kerusi DUN) dan rakan BN (satu kerusi Parlimen).

Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin akan bertanding di kawasan Parlimen Shah Alam sebagai calon Bebas tetapi menggunakan lambang BN.

Najib yang juga Pengerusi BN dan Perdana Menteri berharap rakyat di Selangor akan memberi semula keyakinan dan kepercayaan mereka kerana banyak perubahan yang telah dibuat terhadap landskap politik di negeri ini.

Calon-calon yang terdiri daripada golongan profesional termasuk dari kalangan doktor, jurutera, akauntan dan pakar syariah merupakan mereka yang berwibawa dan berkebolehan.Mereka juga diterima dan popular di peringkat akar umbi. Mereka turut diyakini akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pengundi di kawasan mereka, tambah beliau.

Katanya, selaku Pengerusi BN Selangor, beliau akan memastikan dan mengawasi perjalanan kerajaan Selangor agar semua yang dijanjikan akan dikotakan.

Malam esok, BN Selangor akan melancarkan aku janji BN Selangor yang menggariskan tujuh perkara dasar bagi menjamin dan memastikan perubahan dan pembangunan yang lebih pesat di Selangor, ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana