BN Tiada Kaitan Dengan Amalan Politik Kotor


KUALA LUMPUR 14 April - Barisan Nasional (BN) tidak perlu menggunakan politik kotor bagi meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ekoran 'Aku Janji' BN serta dasar yang diamalkan sudah cukup kuat untuk terus mendapat mandat dari rakyat.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh menyalahkan BN dengan pendedahan negatif yang melibatkan parti tersebut ekoran PR mempunyai ramai musuh yang datangnya bukan sahaja dari arena politik.

"Kita tidak mahu politik sedemikian (politik kotor) menjadi bahan kempen pada pilihan raya akan datang. Saya menolak sekeras-kerasnya politik lucah, politik kotor yang diamalkan mana-mana pihak."

"BN tiada kaitan dengan tuduhan yang berlaku baru-baru ini. Tiada kaitan dengan BN, tiada kaitan dengan parti komponen, tiada kaitan dengan Pemuda (BN) dan saya ingatkan kepada BN YV untuk mengamalkan politik yang sihat," katanya dalam sidang media di Program BN Youth Volunteer (YV) di Bangsar, hari ini.

Tambahnya lagi, politik kotor untuk menjatuhkan PR tidak membawa sebarang manfaat kepada BN kerana ianya memualkan rakyat.

"Pertama, kami tidak berminat dengan politik kotor ini dan keduanya ianya tidak membawa keuntungan kepada kami (BN) kerana ianya bukan falsafah BN," jelasnya.

Sementara itu, Khairy turut mengulas mengenai hasrat akar umbi yang masih menginginkannya untuk terus bertanding di Rembau pada PRU13.

"Nama saya sering dicadangkan oleh BN Rembau. Ketua BN Negeri Datuk Mohamad Hassan turut mencadangkan nama saya jadi nama saya sering dicanang oleh akar umbi."

"Sama ada saya terus bertanding disana adalah bergantung kepada pengerusi parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk tentukannya," ujarnya lagi.

Pada PRU12 Khairy memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti 5 746 undi berbanding pihak lawan yang meletakkan Badrul Hisham Shaharin dari Parti Keadilan Rakyat  yang mendapat 20 779 undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana