BN Kemuka 'Pasukan Transformasi' Untuk PRU13


KUALA LUMPUR 15 April -  Barisan Nasional (BN) kemukakan 'Pasukan Transformasi' yang menampilkan 49 peratus muka baru bagi kerusi Parlimen manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sejumlah 33 peratus terdiri daripada calon baru.Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN akan bertanding di seluruh 727 kerusi yang terdiri daripada 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN.

"Calon-calon BN telah dimuktamadkan dan kita telah sampaikan senarai pada parti negeri BN. Ikut jadual parti komponen akan memaklumkan senarai masing-masing hari ini dan serentak esok pengerusi BN negeri."
"Umno juga akan buat esok pagi, secara serentak... dan meletakkan 82 peratus calon baru berdasarkan kehendak rakyat," katanya selepas Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN  di sini hari ini.

Tambah Najib, penamaan calon baru adalah bagi memenuhi kehendak serta jangkaan orang ramai pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.Katanya lagi, senarai yang dikemukakan ini adalah muktamad dan tiada perubahan yang akan dilakukan selepas ini.Najib menyifatkan calon yang dikemukakan hari ini sebagai yang terbaik untuk menentang pembangkang pada PRU13.

Sementara itu beliau turut berharap calon yang dikemukakan mendapat sokongan rakyat agar 'Aku Janji' BN yang disampaikan dapat dipenuhi setelah BN menggalas jawatan sebagai pemimpin

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana