BN akan pertahan Johor habis-habisan


KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menjanjikan tentangan hebat kepada pembangkang yang ingin menawan Johor pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

"Sebagai Ketua Penerangan Umno, saya tidak akan biarkannya dan akan menentang cubaan mereka habis-habisan.

"Kita akan mempertahankan Johor dengan kesungguhan yang amat tinggi," katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Barisan 1Malaysia yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.Ahmad diminta mengulas rancangan pembangkang yang ingin menawan kubu kuat Umno itu.
Beliau berkata hasrat pembangkang itu juga menunjukkan mereka sebenarnya tidak faham dengan politik di Johor.

"Johor sebati dengan Umno dan BN. Perpaduan Melayu di sana sangat utuh. Jika mereka kata hanya kerana ramai pengundi India dan Cina (di Johor), mereka boleh tawan Johor, mereka tidak faham politik di Johor sebenarnya," katanya.

Mengambil contoh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang pada 2011, Ahmad berkata, calon BN Mohd Azahar Ibrahim mampu mempertahan kerusi itu walaupun komposisi pengundi di kawasan berkenaan ialah 53 peratus bukan Melayu dan 47 peratus Melayu. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana