Blogger Kickdefella pula nak 'kejar' Husam di Putrajaya...


Kalau blogger Papagomo mahu bikin Datuk Seri Anwar Ibrahim pening kepala di Permatang Pauh.Datuk Husam Musa,yang sudah diumumkan PAS akan lompat dari Kelantan untuk bertanding di Putrajaya juga harus waspada.

Bab beliau nak berentap dengan  Ahli Parlimen Putrajaya sekarang, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor untuk cuba pacak bendera parti bulan di pusat pentabiran negara...itu satu hal lain.Namun yang pasti Naib Presiden PAS itu kena keluarkan segala buah silat dan ilmu politik yang ada dalam dirinya kerana Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional itu bukan 'kecik anak' orangnya.

Pertandingan antara Husam dan Tengku Adnan sudah dikira salah satu 'battle of the giant' dalam pilihanraya umum ke 13.Cuma maklumat ini kami nak tolong sampaikan awal-awal kepada Husam agar beliau tidak terkejut dan dapat membuat persiapan rapi dalam mengatur langkah.

Rupanya ada blogger otai yang sedang mengintainya.Rasanya kalau sebut istilah blogger....ia pasti ring the bell pada Husam.
Siapa lagi kalau bukan bekas rakan dan orang kanannya ,Syed Azidi Syed Abdul Aziz. yang cukup terkenal menerusi laman blognya Kickdefella.net

Mereka yang pernah mengikuti dari dekat kisah persahabatan yang berakhir dengan sengketa antara kedua mereka pasti dapat gambarkan senario dalam beberapa hari mendatang ini.

Syed Azidi sudah isytihar perang terbuka terhadap bekas bosnya itu sejak mereka mengambil haluan masing-masing tidak lama dulu.
Malah persengketaan itu telah berlarutan sampai ke  mahkamah apabila Husam mendakwa Syed Azidi fitnahnya.Alang-alang menyeluk pekasam, Syed Azidi sudah tidak menoleh ke belakang.

Seperti isu Papagomo mendedahkan satu persatu apa yang didakwanya perbuatan tidak bermoral Anwar, Syed Azidi sendiri kebelakangan ini  tidak kurang rancak selongkar satu demi satu pasal Husam.Dan... jika Husam fikir dengan keluar dari Kelantan dan  bertanding di Parlimen Putrajaya boleh selamatkannya daripada pantauan bekas orang kanannya yang dulu pernah diletaknya sebagai pegawai di Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu...jawabnya forget it.

Syed Azidi tidak langsung menyembunyikan yang beliau kini dalam 'mode perang' untuk pastikan Husam KO di Putrajaya.Memang atas kertas, Husam akan berentap dengan Tengku Adnan di Putrajaya masa PRU 13 ini tetapi nampaknya pada waktu yang sama dicelah itu beliau kena berdepan dengan Syed Azidi.“Husam tak boleh lari daripada masalah di Kelantan. Silaplah, jika Husam ingat dengan lari ke Putrajaya beliau fikir pengundi-pengundi di situ tidak akan tahu siapa beliau sebenarnya,”kata Syed Azidi pada Agendadaily Rabu.Katanya 'perhitungan yang belum beres ' antara beliau dengan Husam ini tidak ada kaitan langsung dengan UMNO,Barisan Nasional maupun Tengku Adnan.

"Cuma takdir, Putrajaya tiba-tiba jadi gelanggang baru antara kami ,"katanya.Menurut Syed Azidi perjuangan ini atas dasar prinsip menentang seorang pemimpin politik yang didakwanya tidak betul.“Saya akan pastikan Husam kalah dan jika boleh hilang wang pertaruhan,” katanya.Syed Azidi juga dakwa Husam sebagai calon kitar semula dan sudah tiada tempat dalam PAS Kelantan.“Saya akan tembak dari Kelantan dan bertempur di Putrajaya dengan Husam,”katanya lagi.Syed Azidi memberitahu beliau sedang merancang  beberapa siri pendedahan kepada  pengundi di Putrajaya agar mereka tahu siapa Husam sebenarnya.

Dalam pada itu Syed Azidi berkata beliau menunggu Husam hadir ke Mahkmah di Kuantan pada 2 dan 3 Mei ini setelah tiga kali gagal memberi keterangan sebagai saksi dalam kes samannya sendiri terhadap beliau.
“Husam kena pastikan beliau hadir...kalau tak (hadir), tahulah Husam,” tegasnya.Syed Azidi menjelaskan Husam menyamannya kerana didakwa berbohong dan selagi mahkamah tidak putuskan beliau  bersalah berbohong, beliau akan terus mendedahkan cerita-cerita berkaitan Husam.“Jangan sekadar berani saman, tetapi beranilah lapangkan masa untuk hadir beri keterangan bila hari perbicaraan kelak,” ujar beliau.

Syed Azidi juga mempersoalkan kenapa Husam tidak bertanding di Kelantan khususnya di kerusi Parlimen Kubang Kerian yang dikosongkan Salahuddin Ayob untuk bertanding di kawasan parlimen Pulai di Johor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana