Berbaloikah Pas letak calon di Putrajaya?


PUTRAJAYA bukan hanya sebuah kawasan Parlimen tetapi ia adalah lambang maruah dan kuasa pemerintahan kerajaan pusat.Ia adalah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia.Maka tidak hairan mengapa ia menjadi rebutan dan dambaan sama ada parti pemerintah mahupun pembangkang untuk menduduki takhta itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13.Putrajaya adalah mercu tanda kehebatan, lambang kegemilangan pemerintahan.

Bukan calang-calang calon diletakkan mengisi kerusi Parlimen penting ini.Penyandang semasa kawasan kawasan Parlimen itu ialah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Beliau merupakan Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN), bekas menteri dan pernah menerajui pelbagai jawatan penting dalam sektor korporat.Pada pilihan raya 2004, PKR telah mencuba nasib dengan meletakkan calonnya bertanding di Putrajaya, namun dikalahkan oleh Tengku Adnan.

Pada 2008, Pas pula meletakkan calonnya di kerusi itu namun turut ditewaskan oleh Tengku Adnan yang memperoleh majoriti 2,734 undi.Bukan mudah nampaknya hendak menawan kerusi lambang kebanggaan Umno-BN ini.Pas dalam percubaan keduanya mengumumkan meletakkan Naib Presiden parti itu,  Datuk Paduka Husam Musa untuk menyayingi Tengku Adnan di Putrajaya pada PRU13.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana