Bekas Pengasas PKR : Pembangkang Mungkin Sabotaj


KUALA LUMPUR 18 April - Penyokong pembangkang dijangka akan melakukan sabotaj secara besar-besaran terhadap pakatan tersebut terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Bekas Pengasas PKR Ng Lum Yong berkata, sabotaj tersebut ekoran ketidakpuashatian penyokong terhadap pemilihan calon yang disfatkannya 'calon kegemaran' Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Banyak ahli tidak berpuas hati terhadap perkara itu dan mereka merancang untuk sabotaj pakatan pembangkang pada PRU-13," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau yang diberitahu sumber rapatnya menjelaskan, pemilihan calon yang akan bertanding ditetapkan Anwar tanpa melalui proses perbincangan di peringkat bawahan.

Katanya lagi, segala keputusan ditentukan Anwar sepenuhnya,

Sehubungan itu, Ng menjangkakan beberapa negeri seperti di Kedah, Johor, Perak dan Pahang akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Barisan Nasional, pembangkang dan Bebas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana