Bekas pengasas PKR Pahang tanding Bebas...Apa Sudah Terjadi Ni?


KUANTAN: Rentetan pencalonan Datuk Fauzi Abdul Rahman di kerusi Indera Mahkota, pengasas PKR di Pahang, G. Ramponusamy mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk menentang Pengerusi PKR Pahang itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Tindakan itu disifatkan sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Fauzi di Pahang.Ramponusamy yang juga bekas Timbalan Pengerusi III PKR negeri mendakwa, keputusannya untuk bertanding turut didorong oleh permintaan sebahagian ahli parti yang tidak bersetuju Fauzi dinamakan sebagai calon menggantikan Azan Ismail di kerusi itu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Beserah baru-baru ini mengumumkan Fauzi sebagai calon PKR di kerusi parlimen Indera Mahkota.Walau bagaimanapun sebaik sahaja Anwar mengumumkan perkara itu, segelintir penyokong parti pembangkang yang hadir mencemuh nama Fauzi lalu terus beredar meninggalkan tapak ceramah.

"Booo...booo Datuk Fauzi Abdul Rahman..booo..." laung sekumpulan lelaki terhadap bekas ahli Umno itu.

Fauzi merupakan bekas ADUN Beserah dari tahun 1995 sehingga 2004 sebelum keluar Umno dan menyertai PKR pada 2008.Sementara itu, Fauzi yang ditemui Antarapos selepas ceramah berkenaan cuba meyakinkan rakyat bahawa beliau mampu memikul tanggungjawab sebagai ahli parlimen kawasan tersebut jika menang pada pilihan raya nanti.

"Saya sudah 3 penggal di Beserah, saya yakin mampu memikul tanggungjawab ini," katanya.Azan yang merupakan penyandang kerusi berkenaan mendakwa beliau terkejut dengan keputusan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana