Bekas Pengarah PRU PAS Pulau Pinang calon BN lawan Anwar


Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang serta pernah menjadi Pengarah PRU PAS negeri pada PRU 1999 dan 2004, Dr Mazlan Ismail, 53, (tiga dari kanan) diumumkan sebagai calon BN bagi Parlimen Permatang Pauh pada PRU-13.

Pengumuman dilakukan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow,  sebentar tadi.Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Naib Presiden Telekom Malaysia Berhad (Jaringan Operasi Kebangsaan) sebelum meletak jawatan untuk menjadi calon BN di Permatang Pauh.

Anak kelahiran Simpang 3, Kubang Ulu, Penanti, berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang pengurusan perniagaan kejuruteraan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu akan berdepan penyandang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana