Bekas jeneral tentera sertai pembangkang hilang integriti - Najib


PUTRAJAYA 8 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyindir segelintir pesara pegawai tentera yang menyertai pembangkang disifatkan beliau sebagai kehilangan integriti.

"Mengapa? Sebenarnya semua dalam MINDEF tahu. Kita ada ada prinsip kemanusiaan, sebagai manusia biar kita hilang segala-galanya sebab kita ada prinsip kesetiaan. Orang putih kata, you come into the office with honour and dignity and you leave the office with honour and dignity.

"Maruah dan harga diri tidak boleh dibeli, biarpun ada orang janji macam-macam pada mereka, tapi penghormatan manusia tidak boleh dibeli oleh wang ringgit," tegas beliau.

Najib berkata demikian di hadapan kira-kira 3,000 orang pesara kerajaan yang hadir pada Majlis Perdana Menteri Bersama Pesara Kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Dalam ucapannya Najib berkata: "Saya menghormati saudara-saudari sekelian, yang ada dalam dewan ini mempunyai maruah diri. Kesetiaan dahulu tidak diketepikan, sementara zamaan persaraan tidak lupa untuk menyokong kerajaan yang ada.

"Sebab itulah saya tidak lupakan jasa tuan-tuan sekelian."

Najib berkata, masa depan negara bergantung kepada kesinambungan kerajaan yang ada pada hari ini.

"Yakinlah jika menyokong kerajaan sedia ada kita akan melakar kejayaan. Saya akan berkeja lebih kuat. Saya beri jaminan bekerja sepenuh hati," ujarnya.

Terdapa kira-kira 725,000 pesara kerajaan di seluruh negara yang membentuk kira-kira 12 peratus daripada keseluruhan pengundi di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana