Bekas ahli PKR dedah temberang Anwar


Anwar pelakon terbaik abad ini

Manakala, Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobala Krishnan yang pernah bersama-sama berjuang bersama Anwar dalam parti turut meninggalkan pemimpin tersebut, setelah menyedari pemimpin sanjungannya 'kaki temberang'.

Kata beliau, beberapa pemimpin tertinggi parti tersebut yang dahulu 'hidup mati' bersama Anwar, mula beransur-ansur meninggalkannya."Saya percaya, satu lagi perkara yang akan mengalih pandangan seluruh rakyat Malaysia kepadanya, dia akan lakukan sebelum pilihan raya ini. Ini Anwar Ibrahim pelakon terbaik sepanjang dekad.

"Kami pimpinan tertinggi pengasas parti (Keadilan) seramai 32 orang, tinggal hanya dua orang saja bersama Anwar," ujar Gobala.Seorang lagi bekas rakan karib Anwar, Ismail Mina Ahmad, yang mengenali Anwar sejak penuntut di universiti lagi turut mengambil tindakan yang sama.

"Bagi saya dia ( Anwar) memang cukup handal berlakon. Memang banyak la..., dalam hidup, dia memang banyak berlakon dan pandai menipu. Apa yang saya cerita di akhbar (tentang moral Anwar), hanya sedikit, tapi (ini) nak dekat pilihan umum, tak elok saya dedahkan lagi.

"Tak payah bagi saya nasihatkan dia. Cuma saya berharap, beliau jangan terus berlakon menipu orang Islam khususnya tentang fahaman liberalisme dan pluralisme yang dibawanya itu," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana