Banjir Kilat Di George Town Yang Terburuk Dalam Tempoh Lima Tahun...Tak Nak Salah Kerajaan Terdahulu Ker?


GEORGE TOWN: Hujan lebat lebih lima jam sejak 3.30 pagi Sabtu mengakibatkan banjir kilat di bandaraya ini, menyebabkan kesesakan trafik dan bot terpaksa digunakan untuk membantu orang ramai yang terperangkap di kawasan itu.Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Timur Laut, Maxwell Panchai berkata jalan yang ditenggelami air ialah Jalan P.Ramlee, sebahagian Jalan Perak, sebahagian Jalan Masjid Negeri, Jalan Makloom, Kampung Makam, Jalan Sungai Pinang, Jalan Anson dan Jalan Patani.

"Di sesetengah kawasan, air naik sehingga 1.76 meter mengakibatkan ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan hampir tiga jam dan lebih 300 keluarga terjejas akibat banjir ini," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.Katanya hujan diramal berterusan sehingga esok dan air dijangka naik sehingga 2.29 meter petang ini, namun setakat ini tiada arahan pindah dikeluarkan.Beliau berkata 30 anggota JPAM bersama dua buah lori dan sebuah bot digegaskan di laluan yang ditenggelami air bagi membantu orang ramai keluar ke jalan besar.

Seorang penduduk di Jalan P. Ramlee, Norjan Mohd Sabdin, 55, berkata banjir kilat itu turut membawa lumpur dan rumahnya ditenggelami air hingga paras pinggang."Dari petang semalam cuaca tidak menentu, nasib baik kami sekeluarga dah bersedia angkat barang-barang naik ke tempat tinggi. Tadi naik sampai paras pinggang sekarang dah surut sedikit," katanya.Sementara itu, Adun Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo berkata banjir kilat di George Town adalah yang paling teruk dalam tempoh lima tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana