Bakri dan Kulai kerusi DAP, muktamad: Kit Siang...Inilah dikatakan Giler Kuasa


JOHOR BARU: DAP berkeras untuk kekal bertanding di kerusi parlimen Bakri dan Kulai pada pilihan raya umum nanti.

Perkara itu dinyatakan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai menangkis spekulasi tentang Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng yang mungkin akan bertanding di salah satu kerusi berkenaan selepas PKR bersetuju untuk memberi laluan kepada DAP bertanding di Gelang Patah.

"Kedua-dua kerusi itu milik DAP, muktamad," kata beliau hari ini.

Chua sebelum ini telah mencanang dirinya sebagai calon Gelang Patah namun sebaliknya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Lim untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Keputusan itu menyebabkan Chua 'menghilangkan' diri selama seminggu sebelum tampil semula awal minggu ini mendakwa beliau masih belum ditawarkan sebarang kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau dalam masa sama dilaporkan menyokong Lim untuk bertanding di kerusi Gelang Patah atas semangat pakatan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana