Bakal Tewas..!!! Pencalonan Aishah Tidak Di Sukai Rakyat dan PAS Jempol...


Tindakan Pas meletakkan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin di Parlimen Jempol dikatakan tidak direstui kebanyakan ahli Pas yang mahu Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa bertanding di kawasan itu.

Pas di Jempol khabarnya kini berkrisis kerana Aishah yang tidak mempunyai pengalaman politik didakwa akan hanya memalukan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan kehadirannya sebagai calon 'payung terjun' di kawasan tersebut.

Ada dalam kalangan ahli Pas akar umbi dikatakan sedang berkira-kira mahu menolak Aishah kerana kesetiaan mereka terhadap Mohd. Fairuz menyebabkan wujud dua kem di kawasan Pas Jempol ketika ini.

Ini kerana penyokong Mohd. Fairuz kecewa apabila nama pemimpin ini tidak diumumkan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu walaupun pada awalnya dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Pas II negeri, Abd. Rahman Ramli, beliau adalah calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Hal ini membuatkan ramai dalam kalangan penyokong Pas kini meragui kredibiliti pemimpin mereka yang tidak sehaluan dalam memilih calon, apatah lagi mengetepikan hak dan suara akar umbi yang mahukan pemimpin tempatan dan berpengalaman beraksi di pentas PRU-13.

Selain itu, kawasan Parlimen Jempol adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama justeru Aishah dikatakan sukar untuk memenangi kerusi Parlimen itu.

Aishah dilihat sukar untuk menandingi kepimpinan calon BN khususnya dari UMNO, apatah lagi untuk memenangi hati penduduk Felda yang kebanyakannya merupakan penyokong kerajaan..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana