Azmin suruh Mustafa 'persetan' video seks...Memalukan Sekali Cara Puak PR Ni


SETIAWANGSA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menasihatkan Datuk Mustafa Ali supaya 'persetankan' video seks yang cuba dikaitkan dengannya dan menegaskan tiada keperluan untuk PAS menjalankan siasatan terhadap Setiausaha Agungnya itu.

Mustafa sebelum ini dihambat kontroversi apabila dipalit dengan sebuah video yang memaparkan seorang lelaki miripnya sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang tidak dikenali, dalam sebuah bilik, dipercayai bilik hotel.

“Saya minta Datuk Mustafa Ali teguh, tabah, persetankan tuduhan dan fitnah seperti ini, maju ke depan, tumpu jentera pilihan raya, kuatkan Pakatan (dan) Insya-Allah (apabila) kita sampai ke Putrajaya kita akan matikan politik kotor dan lucah yang dibawa Umno dan BN,” katanya.Azmin seperti pemimpin Pakatan Rakyat yang lain terus menuding jari kepada seteru politiknya, Umno Barisan Nasional (BN).Malah ADUN Gombak itu berkata beliau sendiri telah menghubungi Mustafa untuk memberikan sokongan moralnya terhadap pemimpin PAS itu.

“Nak siasat apa kalau fitnah? Ini bukan soal nak siasat atau tidak..apabila fitnah ini dilontarkan oleh blogger yang ada kaitan dengan Umno, saya terus menghubungi Datuk Mustafa Ali meminta beliau sabar dan tabah dengan serangan terbaru ini,” kata Azmin.Tambah beliau, pendedahan video itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah ia telah dijangka daripada awal, memandangkan Umno BN ketandusan idea politik.

Ini katanya berbeza dengan Pakatan Rakyat yang memperjuangkan politik baru yang lebih bermanfaat kepada rakyat.“Bagi saya bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana Umno hari ini sudah ketandusan idea dan wawasan. Yang ada hanyalah melontarkan fitnah, budaya politik lucah, budaya samseng..Inilah persepsi umum hari ini. Tetapi PKR, PAS dan DAP, kita membawa politik baru dengan mengemukakan agenda rakyat, manifesto yang memperjelaskan soal pendidikan (dan) ekonomi, kita ada Buku Jingga, kita ada program muafakat Pakatan.

“Jadi kita serius untuk menangani masalah rakyat hari ini yang bergelumang dengan kegawatan ekonomi, harga barang yang mahal, masalah jenayah yang semakin meningkat..ini patut yang kita bincangkan sebagai parti politik, dan ini yang kita tumpukan. Mereka (Umno) cuba nak alihkan pandangan rakyat dengan mengemukakan politik samseng, politik kotor. Tapi saya bersyukur hari ini pengundi cukup matang,” tegas beliau.Azmin sebelum ini pernah dihambat kontroversi apabila sebuah blog memuatnaikkan beberapa keping gambar lelaki menyerupai wajahnya sedang melakukan seks oral dengan pasangan wanitanya dalam sebuah rumah.

Azmin bagaimanapun menafikan beliau adalah lelaki terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana