Anwar bingung BN letak Zul Noordin di Shah Alam..Anwar Mahu Pitam

PETALING JAYA: Tindakan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon Datuk Zulkifli Noordin untuk bertanding kerusi parlimen Shah Alam membingungkan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Zulkifli yang dipalitkan dengan kritikan berhubung kenyataannya menghina agama Hindu selain menganggotai kepimpinan pertubuhan Melayu ekstremis PERKASA sebaliknya dipilih oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon 'Sahabat BN'.

“Amat sukar bagi saya untuk memahami...apakah ada rahsia? Mengapa orang-orang seperti Zulkifli Noordin diberikan kerusi? Apakah perjanjian rahsia, saya tidak tahu...ia membingungkan, sukar untuk saya bayangkan,” kata Anwar pada sidang medianya hari ini.
Zulkifli bagaimanapun telah mengakui kesilapannya itu dan meminta maaf serta mendakwa mengeluarkan kata-kata tersebut ketika beliau masih lagi bersama PAS.

Najib dalam lawatannya ke Selangor semalam berkata rakyat India sudah memaafkan Zulkifli dan diterima dengan baik oleh masyarakat itu.

Najib sebaliknya berkata, sepanjang lima tahun kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, tujuh kuil telah dirobohkan.

"Kerajaan Selangor telah merobohkan tujuh kuil, termasuk altar persendirian. Tidakkah itu lebih memberi tamparan kepada komuniti Hindu berbanding Zulkifli yang cakap 10 tahun dulu ketika bersama PAS?" soal Najib.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Zulkifli akan bertanding satu lawan satu dengan penyandang kerusi parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Zulkifli dipecat dari PKR kerana membuat laporan polis terhadap Khalid bersabit isu kalimah Allah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana