Anwar Berkempen di Padang Taman Air Manis,Sabak Bernam..Tiada dapat Sambutan


Semalam bertempat di Padang Taman Air Manis, Sabak Bernam, Anwar Ibrahim telah hadir bagi menjayakan program yang dianjurkan oleh Dr. Aziz Basi, calon PKR Parlimen Sabak Bernam dengan program 'Sepetang Bersama Anwar Ibrahim'.

Kehadiran agak memberangsangkan pada mulanya dengan pengunjung-pengunjung dari luar daerah yang hadir bagi menyambut Anwar yang dianggarkan lebih kurang 200 orang. Kira ramai la tu bagi sebuah kawasan terpencil yang rata-rata penduduk asal Sabak Bernam adalah penyokong tegar Barisan Nasional.

Setelah bas jelajah PKR dan Anwar tiba, pengunjung yang ada di kerusi semakin lama semakin hilang tak tahu kemana. Pengunjung yang datang dari 200 orang, selepas ketibaan Anwar menjadikan bilangannya hanya sekitar seratus orang. Pelik!!! Mana pergi pengunjung tu semua? Dah makan, kenyang, boleh pulak balik.

Satu kupon harga RM20!! Apa?? Makan kuih 2-3 ketul, minum air teh/kopi panas harga semua tu RM20?? Gila ke ape ni?? Agak-agak lah kalau nak berniaga pun. Tak kan makan kuih yang harga kat tepi jalan tak sampai seringgit kena bayar sampai RM20.

Rupanya inilah penyebab para pengunjung ghaib secara tiba-tiba. Belum sempat nak menjamu selera, para petugas Unit Amal PAS dah siap hulur kupon sambil meminta dibayar RM20 per kupon. Nasib baiklah yang datang semua dari luar kawasan Sabak Bernam, tengok semua kaya-kaya dengan kereta besar-besar jadi tak ada masalah kot nak DERMA rm20 kat Anwar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana