ANALISIS PRU-13: Siapa sebenarnya memecah-belah umat Islam?


* DEWAN ULAMA DAN MAJLIS SYURA PAS -
Umat Islam menjadi keliru dengan kewujudan dua-dua badan ini. Ia menimbulkan persoalan apakah fungsi sebenar badan-badan berkenaan, apakah semata-mata demi kepentingan politik Pas atau menjadi badan pengimbang atau pihak yang perlu dirujuk apabila berlaku sesuatu perkara berkaitan dengan umat Islam.

Tetapi apa yang kita saksikan, umat Islam melihat kedua-dua badan itu tidak lebih hanya bertindak sebagai sebuah sayap kepada sebuah parti politik. Dalam isu-isu tertentu berkaitan umat Islam kedua-dua badan itu tidak pernah bersuara.

Walaupun ia dianggotai oleh para ulama yang dianggap hebat-hebat belaka tetapi apabila ada isu berkaitan dengan kepentingan politik Pas dan pakatan pembangkang, mereka hanya diam seribu bahasa.

Keadaan ini mewujudkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, apatah lagi pemimpin-pemimpin Pas sering menggambarkan hanya ulama mereka sahaja yang betul. Kecaman akan dilemparkan kepada mana-mana ulama di luar Pas termasuk mufti yang menegur kesilapan Pas.

Oleh itu umat Islam menjadi keliru, kenapakah boleh wujud dua pandangan berbeza berhubung sesuatu isu biar pun ia berkaitan dengan hal ehwal Islam.

* KERJASAMA DENGAN DAP, MENGHALALKAN TINDAKAN PKR -
Suatu ketika dulu Pas menjatuhkan hukum mengatakan perbuatan UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC adalah haram. Pelbagai hujah mereka keluarkan bagi menanam dalam fikiran umat Islam bahawa kerjasama itu tidak harus disokong.

Tetapi demi kepentingan politik dan kemaruk mahu berkuasa, Pas akhirnya bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Walaupun Pas memahami DAP bersikap lebih keras berbanding MCA dan MIC dalam soal perjuangan Islamnya, namun Pas bersedia menerima sikap DAP itu dan bagi `menghalalkan' kerjasama berkenaan, Pas menggunakan istilah `tahaluf siyasi'.

* MENJATUHKAN HUKUM SESUKA HATI -
 Berbanding pemimpin-pemimpin dan ulama UMNO, pemimpin dan penyokong Pas yang bertaraf ustaz dan ulama begitu mudah menjatuhkan hukum kepada UMNO. Pelbagai tuduhan mereka lemparkan tanpa memikirkan kesannya kepada umat Islam.

UMNO digambarkan menolak Islam sedangkan parti itulah yang memungkinkan syiar Islam berkembang pesat di negara ini sehingga menjadi negara Islam contoh. Kalau hendak diharapkan kepada Pas, mereka perlu mendapat restu PKR dan DAP terlebih dahulu dan perjuangan Islam mereka hanya sekadar slogan dan retorik semata-mata.

Tindakan pemimpin dan penyokong Pas ini menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya ke atas UMNO bukan sahaja mengelirukan umat Islam tetapi juga memecah belahkan perpaduan antara mereka. Ayat-ayat al-Quran dan hadis menjadi sandaran kepada pemimpin dan penyokong Pas melancarkan serangan ke atas UMNO.

* MASJID DAN SURAU JADI PENTAS POLITIK -
Tidak cukup dengan menyerang UMNO dan Barisan Nasional habis-habisan di pentas-pentas ceramah, Pas turut menjadi sesetengah masjid dan surau sebagai platform untuk mereka meracuni pemikiran umat Islam supaya membenci kerajaan UMNO dan BN.

Walaupun sudah diperingatkan berkali-kali termasuklah oleh Raja-raja Melayu, namun pemimpin-pemimpin Pas tetap tidak pernah menghentikan tindakan berkenaan. Akhirnya perbuatan ini mewujudkan `kecelakaan' kepada umat Islam kerana masjid dan surau seharusnya menjadi medan menyatukan ummah, bukannya memecah belahkan sesama umat Islam.

Demikianlah beberapa fakta mengenai sikap berpolitik Pas ketika Nik Abdul Aziz semakin celaru fikirannya untuk memastikan kemenangan Pas dan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebenarnya banyak lagi fakta berkaitan sikap Pas yang boleh mendatangkan `kecelakaan besar' kepada umat Islam tetapi apa yang dipaparkan ini sudah cukup untuk membolehkan kita menilai siapa sebenarnya lebih sesuai menerima tuduhan Nik Abdul Aziz.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana