Analisis PRU-13: PKR NS di ambang kejatuhan...Padan Muka PKR


PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya sudah kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini di Negeri Sembilan.Ini kerana, akar umbi sudah mula menolak calon apabila nama yang dicadangkan dicantas oleh pucuk pimpinan mereka.Lebih parah lagi apabila Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas mengumumkan hari ini bahawa beliau akan mempertahankan semula kerusi Parlimen Telok Kemang.

Tidak cukup dengan itu, perasaan pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri dan Cabang PKR Seremban, yang mahukan muka baharu di Ampangan dan Sikamat selain berebut kawasan itu sesama mereka, tidak dipedulikan apabila Kamarul Baharin telah meletakkan dirinya sendiri bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan.

Dalam hal ini, penyandang PKR di DUN Ampangan, Rashid Latiff langsung dipinggirkan daripada senarai terbaru calon PKR negeri ini.Manakala DUN Sikamat dikekalkan semula kepada penyandang lalu, Aminuddin Harun.Jelaslah, AMK Telok Kemang akan bertindak memprotes kehadiran semula Kamarul Baharin di parlimen itu selepas menyaksikan pimpinan PKR terus mencantas cadangan mereka untuk menempatkan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau chegubard di Telok Kemang.

Jelas motif kuasa dalam pemilihan calon yang dibuat kepimpinan PKR pusat serta pandangan Kamarul Baharin itu adalah cara mudah mereka memberi kemenangan awal kepada Barisan Nasional (BN) melalui penolakan akar umbi, penyokong dan yang bukan ahli parti.Malah untuk mengumumkan calon PKR pada PRU-13 ini pun mereka semakin kalut dan petang ini sahaja, dua salinan surat jemputan media dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja PKR negeri, masing-masing pada pukul 3 petang dan 4 petang ini.

Maka dalam hal ini, peluang BN untuk menang di kerusi yang ditanding PKR amat cerah apatah lagi penyandang PKR dahulu, tidak melaksanakan kerja untuk rakyat serta gagal menunaikan janji mereka.
Ini disahkan melalui satu kajian yang dibuat sendiri oleh Timbalan Ketua AMK Telok Kemang, M. Shamugam, apabila maklum balas rakyat terhadap kerja yang dilakukan Kamarul Baharin di parlimen tersebut membimbangkan.Pendek kata, kelibat Kamarul Baharin yang jarang kelihatan di Telok Kemang, dan kini mahu ‘beraksi’ pula di Ampangan satu petanda yang PKR kini diambang kejatuhan.

Berikutan pengumuman Kamarul Baharin itu, ia sekali gus menafikan kemahuan chegubard pada tahun 2008 ketika bertanding dalam PRU-12 di Parlimen Rembau, di mana menyebut, “ke mana sahaja ada Khairy Jamaludin (BN), saya akan ikut."Ini kerana, tempat chegubard itu diambil oleh Radzali A. Ghani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Guaman PKR negeri.Biar apapun angka dan peratusan yang dikeluarkan pembangkang pada saat akhir ini berkaitan sokongan rakyat terhadap mereka, akar umbi sedang berkira-kira pula untuk menyatakan peratusan yang menolak calon PKR pada PRU-13 ini.

Dahulu bolehlah mereka berbangga dengan angka, tetapi hari ini tidak lagi kerana angka yang menolak mereka itu semakin ramai.Percayalah selepas pengumuman calon PKR hari ini, mereka sedang berhadapan kehancuran di 13 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen dalam PRU-13 ini dan ruang pertelagahan sesama mereka sedang berlaku sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana