ANALISIS PRU-13: Pas perlu bertindak mencari kebenaran...PAS Sudah Gelabah Bebb


SELAMA ini Pas dikatakan terpaksa menanggung pelbagai tekanan akibat tingkah laku rakan-rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.Tetapi sejak beberapa hari ini, Pas berhadapan dengan cabaran cukup besar apabila tersebarnya video seks individu mirip salah seorang pemimpin kanannya.
Seperti biasa, semua itu dianggap fitnah, tohmahan dan konspirasi, manakala UMNO pula dipersalahkan.
Sepatutnya sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Pas seharusnya bertindak adil dan bersedia menjalankan siasatan.Pas hakikatnya sebuah parti yang jauh lebih bermaruah. Pas ditubuhkan bukan atas dasar kebencian atau membalas dendam tetapi demi melaksanakan perjuangan Islam, biar pun kini sudah menjadi perjuangan negara berkebajikan.

Oleh itu adalah lebih baik, jika isu rakaman video seks ini ditangani Pas dengan penuh kebijaksanaan dan bukannya melihat ia sebagai satu serangan politik semata-mata.Dalam soal ini, Majlis Syura Ulama Pas mempunyai peranan cukup penting untuk mendengar keluhan dan keresahan ahli-ahli di peringkat akar umbi yang mahukan siasatan rapi dijalankan.Siasatan bukan bertujuan memalukan atau menyalahkan pemimpin berkenaan tetapi bagi mencari kebenaran kerana sejak isu itu tercetus imej Pas telah dipersendakan.
Hakikatnya, tiada apa yang perlu Pas bimbang jika mereka yakin bahawa individu dalam rakaman video itu bukan pemimpin mereka.

Kita memahami Pas berkawan rapat dengan PKR tetapi janganlah terikut-ikut dengan amalan politik penafian parti tersebut.Adalah lebih baik jika Pas menunjukkan ketegasan dengan merehatkan pemimpin yang dikaitkan buat seketika, ia bukanlah satu hukuman atau mengatakan ia menunjukkan beliau bersalah tetapi demi memberi keadilan kepada pemimpin itu dan Pas.
Sudah cukup selama ini Pas dilihat semakin hilang keberaniannya apabila sehingga ke hari ini tidak mampu menyatakan pendirian rasmi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, justeru takkanlah dalam isu rakaman video ini juga Pas terus mahu mendiamkan diri tanpa melakukan sebarang tindakan.
Pas perlu faham rakyat kini sudah bijak, mereka sudah tahu yang mana satu fitnah, yang mana satu realiti, dan yang mana satu perangkap oleh musuh dalaman sendiri.

Begitu juga dalam isu ini, tidak perlulah Pas hendak menuding jari menyalahkan UMNO, UMNO mempunyai banyak kerja lain daripada hendak mengintip setiap pergerakan pemimpin-pemimpin pembangkang.Tambahan pula, pemimpin yang dikaitkan bukanlah berjawatan penting sangat atau mempunyai kuasa seperti Presiden parti, oleh itu tidak ada kepentingan bagi UMNO hendak menjatuhkan beliau.Dan selama ini, belum pernah terbukti UMNO menggunakan politik kotor seperti itu untuk menjatuhkan musuh politiknya.

Satu perkara yang perlu diingat, dalam kes melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini yang memerangkap mereka bukannya UMNO tetapi orang yang rapat dengan pemimpin tersebut.Kita faham Pas begitu teruja mahu ke Putrajaya dan semakin kemaruk kuasa untuk memerintah bersama-sama DAP dan PKR tetapi janganlah cuba menafikan kebenaran.

Justeru adalah wajar jika Majlis Syura Ulama Pas mendengar suara akar umbi yang mahu sesuatu dilakukan.
Percayalah, kalau Pas tidak bertindak dalam isu ini secara adil, maruah Pas akan semakin tercalar dan mereka akan menerima akibat yang amat buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana