ANALISIS PRU-13: Keangkuhan Nik Abdul Aziz perlu diranapkan...Ini Ker Ciri Ciri UIlama?


MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ternyata terus angkuh dalam tindakan beliau demi menjaga kepentingan politik Pas dan pakatan pembangkang yang turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ketaksuban dan sikap fanatik beliau yang cuba menggambarkan hanya Pas sahaja memperjuangkan Islam dan hanya pakatan pembangkang sahaja yang baik telah membuktikan Menteri Besar Kelantan semakin meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.Tidak cukup dengan kenyataan sebelum ini bahawa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala dan usaha UMNO membina masjid tidak memberi apa-apa makna, Nik Abdul Aziz muncul pula dengan kenyataan jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO akan menentang Rasulullah.

Demikianlah angkuhnya Nik Abdul Aziz yang sekali gus menunjukkan bahawa Nik Abdul Aziz seolah-olah sudah dikuasai oleh politik kebencian yang amat mendalam terhadap UMNO.Mungkin juga semua ini berlaku kerana Nik Abdul Aziz semakin sedar berbanding tahun 2008, populariti Pas semakin merudum dan populariti UMNO semakin meningkat. Justeru mahu tidak mahu, Nik Abdul Aziz terpaksa menggunakan modal berkaitan Islam bagi menjejaskan imej UMNO.
Bagi Nik Abdul Aziz, ketegasan UMNO dalam memperjuangkan Islam termasuk begitu tegas dalam mempertahankan pendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam adalah ancaman kepada Pas memandangkan Pas sudah bersetuju bersama sekutunya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

Islam alat politik Pas

Selain itu, umat Islam di negara ini semakin sedar bahawa Islam hanyalah alat politik Pas dan pendekatan Pas dalam perjuangan Islam hanya digembar-gemburkan apabila menjelang pilihan raya sahaja.Semakin meresahkan Nik Abdul Aziz ialah apabila Pas semakin kehilangan suara dalam pakatan pembangkang bagi menegakkan perjuangan Islamnya, oleh itu mahu tidak mahu usaha perlu dilakukan untuk mengalih pandangan umat Islam supaya tidak menyokong UMNO.

Sebab itulah, walaupun memahami bahawa apa yang beliau lakukan itu tidak wajar dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, Nik Abdul Aziz terus kekal dengan sikap merapu beliau dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan berkaitan Islam melibatkan UMNO.

Dalam soal ini, kita tidak perlu berasa bimbang atau gundah gulana kerana kita memahami apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz hanya semata-mata bermotifkan politik. Nik Abdul Aziz semakin resah apabila kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan semakin tergugat berikutan sambutan hangat rakyat negeri itu terhadao gelombang merah yang dibawa oleh UMNO.

Fatwa bukan-bukan

Gelombang Merah yang bertujuan menukar kerajaan negeri pimpinan Pas itu dilihat oleh Nik Abdul Aziz adalah ancaman yang harus dihentikan segera.Oleh itu mahu tidak mahu Nik Abdul terpaksa mengeluarkan `fatwa' yang bukan-bukan supaya imej Islam UMNO terjejas.

Sebagai seorang yang berpengaruh Nik Abdul Aziz memahami apa juga yang beliau kata akan diikuti oleh penyokong-penyokong tegar Pas tetapi beliau terlupa dalam pilihan raya bukan hanya pengikut Pas atau UMNO sahaja yang akan mengundi, malah lebih penting ialah kelompok penentu iaitu golongan atas pagar.

Golongan inilah yang akan menilai dan membuat keputusan sama ada apa yang dinyatakan oleh Nik Abdul Aziz betul atau tidak, oleh itu kepada Nik Abdul Aziz cukup-cukuplah merendahkan UMNO.Belajarlah untuk bermuhasabah supaya jangan sampai oleh kerana semakin banyak kenyataan yang dikeluarkan, beliau akan dianggap 'nyanyuk' dan ini sudah tentu tidak baik untuk politik Pas yang begitu kemaruk memburu kuasa sehingga sanggup menggadaikan segala-galanya!

Comments

Unknown said…
Untuk makluman semua, arwah ayah Nik Aziz sebelum meninggal mempunyai penyakit gila sehinggakan sebelum meninggal arwah terpaksa diikat kerana menggelupur dan tidak boleh dikawal.. Arwah berpegang dengan fahaman wahabi sehinggakan semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah haram.. Oleh yang demikian tidak mustahil penyakit itu adalah penyakit keturunan yang terdapat pada anaknya.. Syndrome penyakit itu telah kelihatan pada Nik Aziz.. Saya tiada bukti bergambar namun anda semua bolehlah menyiasat dan dapatkan kebenaran.. Sikap dan sifat orang gila telah kelihatan sedikit demi sedikit pada Nik Aziz.. Demi kebaikan bongkarlah perkara ini demi kebaikan semua agar tidak menjadikan orang gila sebagai pemimpin dan guru dan tiada lagi amalan-amalan sesat dikeluarkan dan diikuti oleh orang ramai..

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana