Amanat Dr. Mahathir pada Perhimpunan Selamatkan Selangor, Sabtu ini...Jangan Tak Datang Ni


SHAH ALAM 4 April - Seramai 20,000 rakyat negeri ini dijangka membanjiri padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 sini bagi menghadiri Perhimpunan Selamatkan Selangor yang menampilkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penyampai ucaptama pada program tersebut, Sabtu ini.

Perhimpunan anjuran Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Perkasa Selangor itu bakal menjadi simbol kebangkitan rakyat Selangor dalam memastikan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) terus dipertingkatkan sekali gus membolehkan usaha merampas semula negeri ini daripada tangan parti pembangkang tercapai.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, pada perhimpunan tersebut, Dr. Mahathir dijangka memberi ucapan yang mempunyai elemen kejutan bagi menyedarkan rakyat negeri ini agar mereka dapat mengukuhkan keyakinan untuk kembali memastikan BN berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Ini adalah program pertama Perkasa selepas Dewan Rakyat dibubarkan dan merupakan siri akhir jelajah perhimpunan Perkasa di seluruh negara sebelum ini.

"Kita akan membuktikan perhimpunan ini memberikan mesej jelas bahawa rakyat Selangor menunjukkan sokongan padu kepada BN dalam PRU-13,'' katanya kepada Utusan Online di sini semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana