Alahai Chua Jui Meng...


Kalau ada orang yang sesuai diangkat sebagai 'Maharaja Lawak' minggu ini, ia sudah tentu patut diberikan kepada Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Chua Jui Meng.Beliau hilang lebih dua minggu selepas Lim Kit Siang diumumkan sebagai calon PR Gelang Patah, yakni kerusi yang beliau diketahui umum  berangan nak jadi calon, sejak masuk PKR.Tiba-tiba pagi JUmaat muncul di sidang akhbar di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya dakwa bangga dengan berita Kit Siang ambil tempat beliau.

Selama tempoh dia menghilang, wartawan gagal untuk hubunginya minta komen, dan hari ini, di sidang media dengan muka sardin Chua cuba buat lawak bertanya pada wartawan "lama tak dengar khabar..."Chua dilaporkan merajuk habis apabila tidak diumumkan sebagai calon Gelang Patah, di sidang media itu kata beliau sokong Kit Siang walaupun kini tiada kerusi."Gelang Patang berpotensi besar untuk menang dan saya berbesar hati orang yang mengambilnya dari saya adalah Lim Kit Siang.

"Beliau seorang yang telus, mulia dan tekun berjuang untuk perubahan untuk negara ini," katanyaMenurut Chua, beliau mendiamkan diri selama ini bagi memikirkan langkah seterusnya selepas tiada lagi kerusi.
Katanya beliau kekal dalam PKR.Chua juga menafikan bahawa beliau telah ditawarkan kerusi DAP di Segamat, sambil beri alsan bahawa beliau tidak akan mengambil apa-apa kerusi Parlimen dari rakan-rakan PKR beliau."Kami (PKR) mempunyai 12 kerusi Parlimen, kita tinggal 11 (tolak Gelang Patah)... Saya tidak akan mengambil kerusi sesiapa (dari PKR).Sambil membuat analogi, bahawa beliau telah diberikan 'rumah' di Gelang Patah, dan diminta bekerja di situ, dan memimpin perubahan pembangkang di Johor, tiba-tiba disuruh 'keluar' dari rumah.

"Parti itu (DAP) patut mencari 'rumah' baru untuk saya, bagi kami mendapatkan semula kouta 12 kerusi kami (PKR)," ujarnya.Sementara itu, calon DAP untuk Segamat pada tahun 2008, Pang Hok Liong, dipetik oleh akhbar Cina hari ini berkata beliau tetap akan bertanding walaupun kerusi DAP Segamat diberikan kepada Chua.Pada sidang akhbar kemudian, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, rundingan mengenai nasib Chua sedang dijalankan.

"Saya akan bertemu DAP hari ini dan saya yakin perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang betul dan teratur," kata Azmin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana