Aktivis Pas gesa Mustafa buat laporan...Takkan Nak Diam kan Saja...Memalukan


KUALA LUMPUR 17 April - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terus digesa membuat laporan polis bagi menafikan pelaku dalam sebuah klip video seks yang tersebar baru-baru ini bukan dirinya.

Aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, tindakan berkenaan perlu dibuat segera bagi memberi keadilan kepada Mustafa dan seluruh ahli Pas yang terpalit dengan kejadian mengaibkan itu.

Mohd. Riza juga sependapat dengan Pengerusi Lajnah Tatatertib Pas, Datuk Wan Mutalib Embong yang menasihatkan Mustafa supaya melaporkan perkara tersebut kepada polis bagi membersihkan namanya jika benar beliau bukan watak dalam video tersebut.

"Tindakan pimpinan tertinggi Pas termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan menyiasat kes ini dan menafikan terus bahawa pelaku itu bukan Mustafa tanpa menilai atau menyiasat terlebih dahulu adalah tidak wajar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Riza berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wan Mutalib yang menasihatkan pemimpin kanan Pas itu untuk melaporkan kepada polis berhubung penyebaran klip video seks yang didakwa telah menjatuhkan maruah pemimpin tersebut.

Menurut beliau, sekiranya polis mengesahkan bahawa pelaku dalam klip video tersebut adalah Mustafa, maka Lajnah Tatatertib Pas harus mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, ketegasan Pas mahu melaksanakan hukum hudud wajar dipraktikkan oleh pucuk pimpinan parti itu sendiri dengan melaporkan pelaku kepada pihak berkuasa agama negeri kerana terdapat unsur-unsur penzinaan dalam isu ini.

"Saya menyeru kepada pimpinan Pas yang selama ini bercakap dan memperjuangkan keadilan Islam agar dapat mengambil tindakan tegas terhadap isu ini.

"Kita mahu melihat Pas mengambil tindakan dengan teliti dan adil serta tegas berpaksikan Maqasid Syarie dan bukan hendak mencari jalan lain dengan menyalahkan orang lain terhadap penyebaran video ini dan mengalihkan fokus terhadap isu- isu lain," tegas beliau lagi.

Mohd. Riza juga berkata, apa yang lebih malang lagi kepemimpinan Pas sedang berusaha untuk menutup isu ini dan mencipta pelbagai alasan untuk menyalahkan orang lain sedangkan dosa yang paling besar dalam isu ini ialah dosa berzina.

Sehubungan itu, beliau menggesa Pas agar menyelesaikan isu dengan menerusi kaedah Islam yang sebenar serta jangan dengan menuduh dan memburukkan orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana