Ahli Umno tanding Bebas dipecat serta merta: PM


PEKAN: Ahli Umno yang bertanding tiket Bebas pada pilihan raya umum kali ini akan dipecat serta merta, kata presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Umno telah membuat keputusan mana-mana ahli yang bertanding sebagai calon Bebas tidak boleh berada dalam parti.

"Kita akan ambil tindakan terhadap mereka pada Isnin. Kita akan kemukakan surat rasmi untuk memaklumkan sesiapa yang bertanding selain BN, mereka akan dipecat," kata beliau sebentar tadi.

Pada sesi penamaan calon di seluruh negara pagi tadi, Naib Ketua Wanita Umno pusat, Datuk Kamilia Ibrahim menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Manakala bekas timbalan menteri Datuk Seri Mohd Shariff Omar menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen Tasek Gelugor.

Pengerusi Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata tiada keperluan untuk memberitahu Mohd Shariff melalui surat yang beliau dipecat.

"Secara automatik pecat untuk mana-mana ahli Umno bertanding menentang calon parti," kata beliau selepas menyerahkan borang pencalonan kerusi Parlimen Nibong Tebal hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana