3 MAHASISWA DITAHAN DEMO DI SRI PERDANA!!!


Polis menahan tiga mahasiswa berusia 20-an di depan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini lewat petang semalam selepas didapati sengaja menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintenden Mak Pak Chuai berkata mahasiswa berkenaan, yang mengetuai kira-kira 100 pelajar lain, cuba menghantar memorandum berhubung isu pendidikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kumpulan itu juga melaung pelbagai tuntutan, termasuk penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma di depan kediaman rasmi Perdana Menteri.

Kesal dengan kejadian itu, Mak berkata ia tidak seharusnya berlaku terutama pada cuti hujung minggu kerana semua memorandum boleh dihantar terus ke pejabat Perdana Menteri pada hari bekerja. - Bernama

Comments

Unknown said…
Mahashewel pkr ni xreti cara intelek betul.. Terikut2 rentak aljuburin
Andy Zs said…
hahahaha.. hari hujung minggu buat demo? hahahaha. mahasiswa ni berfikir ke tidak? mana ada org keje hari minggu. org buat keje overtime adela..

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana