Yayasan Pondok 1Malaysia hargai pendekatan Najib



ALOR SETAR: Yayasan Pondok 1Malaysia cawangan Kedah melahirkan penghargaan terhadap pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam memartabatkan institusi pondok.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penajanya, Ahiq Elahi Mat Desa berkata, kesudian Perdana Menteri berjumpa dan berbincang dengan guru pondok juga mencerminkan keprihatinan beliau terhadap kebajikan guru dan warga pondok keseluruhannya."Dalam hal ini yayasan memuji pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengangkat dan memartabatkan institusi pondok di Malaysia.Resolusi itu antara lain meminta kerajaan mengiktiraf dan mendaulatkan sistem pengajian pondok, mengiktiraf sijilnya setaraf dengan pusat pengajian yang diiktiraf dan untuk menzahir komitmen guru pondok seluruh negara bagi memelihara akidah umat Islam berteraskan Sunnah Wal-Jamaah dan hal agama tidak dipermainkan oleh mana-mana pihak. Dalam pada itu, Ahiq Elahi berkata, yayasan turut menyatakan komitmen kepada Perdana Menteri untuk membantu kerajaan memartabatkan Islam tanpa bermotifkan politik.

Katanya, yayasan juga akan menganjur siri ceramah ke seluruh negara bagi menjelaskan isu berkaitan agama termasuk penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, berlandaskan kitab muktabar. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana