Wong takut 'terbakar' -mohon maaf sebab ugut bakar loji Lynas..Kah kah kah


Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack nampaknya faham peribahasa ‘terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya’ apabila bersedia minta maaf selepas mengancam mahu membakar loji Lynas di Gebeng, Kuantan jika kilang nadir bumi itu tidak ditutup selepas kerajaan BN menang PRU 13.Mungkin juga, Wong takut bermain api kerana jika silap makan diri.Dalam  ceramahnya di Kuantan malam Jumaat, Wong mengaku mengeluar kenyataan baru-baru ini mahu membakar kilang tersebut.Wong yang bercakap dalam ceramah DAP khuatir kenyataannya yang tidak bertanggungjawab akan member kesan buruk terutama kepada generasi muda.

Sehubungan itu beliau menawar permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia.Tidak diketahui sama ada tindakan u-turn itu ekoran kenyataan polis mahu memanggilnya mendapatkan penjelasan kerana ancaman tersebut.Selain itu, Kelab Wartawan Muda Malaysia turut membuat laporan polis semalam menuntut Wong disiasat mengikut Akta Hasutan kerana khuatir ancamannya itu boleh mencetuskan kekacauan.Faktor lain mungkin memaksa Wong mengakui keterlanjurannya itu kerana pemimpin DAP dan PKR menegaskan, mereka tidak terbabit dengan ugutan Wong mahu membakar loji berkenaan.

Pemimpin DAP Lee Chin Chen dan ahli parliman PKR Kuantan Fuziah Salleh menyifatkan kenyataan Wong bersifat peribadi dan tiada kaitan dengan parti pembangkang.Setidak-tidaknya Wong bukan sahaja memohon maaf tetapi elok beliau lupakan saja kerja sia-sianya menentang projek loji Lynas yang memberi banyak peluang pekerjaan.Lagipun pakar-pakar mendapati tiada kesan radiasi membahayakan seperti digembar-gembur Wong dan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana