Wajah politik hipokrit PAS...


Hakikatnya, banyak lagi kesilapan, kesalahan dan perbuatan Pas yang semakin menunjukkan parti itu semakin keliru, celaru dan tidak menentu dalam mencari hala tuju perjuangan politiknya. Mungkin Pas boleh berhujah apa sahaja bagi mempertahankan wajah politik hipokrit mereka namun kebenaran tetap kebenaran dan ia tidak akan mampu ditutupi dengan sandiwara dan kepalsuan.

Sesungguhnya, isu kalimah Allah dan pemecatan Nasharudin sudah menjadi bukti bahawa Pas bukan sahaja semakin tidak layak malahan semakin jauh untuk diberi pengharapan bagi membela nasib orang Melayu dan mendaulatkan Islam, segala-galanya kerana terlalu kemaruk untuk merebut kuasa.


Kalau beginilah caranya PAS mahu membela nasib orang Melayu, jangankan ‘hak keistimewaan’ orang Melayu, malah kepentingan Islam itu pun PAS sanggup gadai demi menjaga keharmonian persahabatan mereka dengan DAP. Manakala DAP pula lebih banyak bertegas dengan khendak mereka, umpama mereka melihat PAS seperti melukut ditepi gantang saja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana