Umno akan calonkan ulama,orang muda...Syabas



Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno akan memberi peluang kepada golongan muda termasuk ulama sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.Umno akan memberi peluang tersebut sekiranya ia merupakan kehendak rakyat, katanya sepeti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

"Calon bukan apa uanmg Umno atau presiden (Datuk Seri Najib Razak) mahukan. Rakyat yang mehu mereka menjadi wakil mereka, maka kita beri peluang.

"Itu yang akan parti pilih. Ia termasuklah ulama, imam atau warga vetera selagi rakyat merasakan inilah calon terbaik sebagai wakil rakyat," katanya seperti dipetik akhbar tersebut.Antara pemimpin ulama yang sering diketengahkan dalam program anjuran Umno sebelum ini ialah pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda parti itu, Fathul Bari Mat Jahaya.

Kenyataan Tengku Adnan itu juga timbul susulan pengakuan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang berkata beliau "memang sedang serius menimbang" untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.Lulusan syariah Universiti Al-Azhar, Mesir itu turut mengesahkan telah mendapat tawaran dari banyak pihak untuk bertanding dalam pilihan raya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana