Tiupan Kuat Dan Desakan pelbagai pihak yang mahu parti itu meneliti semula pemecatan Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS....


Pelbagai pihak termasuk tokoh PAS mahu parti itu mengkaji semula keputusan memecat Nasharudin yang merupakan bekas Timbalan Presiden PAS sebagai anggota Majlis Syura Ulama.

Selain kajian semula keputusan pemecatan itu, mereka turut mahu PAS memberi peluang membela diri terhadap setiap tuduhan yang dibuat.

Nasharudin yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama berkuatkuasa 13 Januari lepas.

Pemecatan Nasharudin dibuat atas alasan kerana kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana