SYABAS kesal MB "ugut" guna nama rakyat Selangor

SHAH ALAM: Pengerusi Eksekutif SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail melahirkan rasa kesal terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan nama rakyat Selangor untuk memberi tekanan dan mengugut syarikat konsesi air itu supaya bersetuju dengan tawaran pengambilalihan yang diumumkan semalam.Khalid yang mengumumkan tawaran berjumlah RM9.65 bilion kepada empat konsesi air di Selangor itu semalam menyatakan bahawa "jika syarikat konsesi menolak tawaran tersebut ianya bermakna menolak tawaran rakyat Selangor".Justeru Rozali berkata ketetapan yang dikeluarkan seolah-olah menggambarkan bahawa menteri besar itu tidak memahami cara perniagaan berstatus syarikat terbitan awam beroperasi serta tidak memperakui perkara yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi.

"Para pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holdings Berhad yang menyumbang 58.75 peratus saham terbitannya juga majoritinya rakyat Selangor. Kakitangan SYABAS dan Kumpulan Puncak Niaga juga majoritinya rakyat Selangor. Adakah semua pemegang saham SYABAS dan Puncak Niaga ini menyokong kerajaan negeri Selangor atau apa sahaja tindakan menteri besar terhadap tawaran ini?

"Oleh itu, mengaitkan tawaran tersebut sebagai tawaran rakyat dan menolaknya sebagai menolak tawaran rakyat Selangor adalah kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan tidak wajar sama sekali malah berbau politik," kata beliau dalam satu kenyataan.Rozali kemudian menjelaskan SYABAS perlu meneliti terlebih dahulu tawaran tersebut termasuk mendapatkan pandangan dan kelulusan ahli lembaga pengarah, para pemegang saham minoriti."Puncak Niaga (juga) perlu mendapatkan pandangan daripada kerajaan persekutuan selaku pemegang saham emas di dalam SYABAS. Pada masa yang sama syarikat perlu untuk menentukan apa-apa perkara yang kurang jelas dalam surat tawaran tersebut sekiranya ada."

SYABAS mengesahkan telah menerima surat tawaran pengambilalihan dari kerajaan Selangor pada jam 5.15 petang hari Rabu, 20 Februari 2013.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana