Semakin Panas Bebb....Lebih baik PAS 'bercerai' dengan PR


SHAH ALAM: Presiden Muafakat Masyarakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina mencadangkan agar PAS 'bercerai' daripada Pakatan Rakyat, jika pendirian mereka terus direndah-rendahkan rakan komponennya PKR dan DAP.

"PAS, oleh kerana sikap DAP dan PKR sedemikian rupa, maka untuk menyelamatkan polemik ini, mereka (perlu) keluar daripada Pakatan (Pakatan Rakyat). Selesai.

"Selagi mereka (PAS) ada dalam Pakatan, jadi macam laki bini (suami isteri). Bini marah kat laki, laki marah kat bini. Kalau bercerai senang. Terus senyap. Untuk hentikan polemik ini, berhenti dan PAS keluar daripada Pakatan, demi mengukuhkan Islam," katanya ketika dihubungi Antarapos.Naib Presiden PKR Fuziah Salleh secara terbuka menolak pendirian Majlis Syura Ulama PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan 'God' dalam Bible versi bahasa Melayu.Fuziah turut menyokong desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahukan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan Bible bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.
Beliau mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.

Pada 13 Januari lalu Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam sebarang penerbitan bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Bagaimanapun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata partinya mahu Majlis Syura mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan Rakyat.Beliau dicemuh oleh pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana