Rafidah Aziz sah tak pertahan Kuala Kangsar


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.Rafidah memberitahu Antarapos bahawa beliau mahu memberi laluan kepada calon lebih muda untuk mempertahankan kerusi itu yang disandangnya di atas tiket Barisan Nasional selama tujuh penggal berturut-turut.

Rafidah yang sudah menjangkau usia 70 tahun berkata faktor usia mempengaruhi keputusannya namun menegaskan beliau tetap akan membantu jentera Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti."Cukuplah sampai di sini untuk aktif pegang jawatan. Tapi (untuk berhenti berjuang) dalam politik, (tak boleh sebab) dah jadi darah daging...Macam mana nak dikikis...Insya-Allah perjuangan politik akan ada pada saya dan dalam bidang yang saya terlibat, boleh bantu, tiada masalah tanpa pegang jawatan,” kata Rafidah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana