PRU13: PM Ikrar Banteras Rasuah...Ini Akan Melonjak Ranking BN


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu berikrar akan memberikan komitmen terhadap agenda pembangunan nasional terutamanya dalam membanteras gejala rasuah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).Menerusi dokumen ikrar yang ditandatangani Najib, beliau menyatakan bahawa hanya pemimpin yang adil boleh mewujudkan sebuah kerajaan yang diterima rakyat."Saya percaya sebagai pemimpin BN yang sebenar, saya perlu menjadi contoh yang baik bahawa hanya calon yang bertanding secara adil dan bebas akan mewujudkan sebuah kerajaan yang dipercayai dan dihormati rakyat," katanya seperti dipetik menerusi dokumen berkenaan.

Ikrar berkenaan merupakan inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Integriti Antarabangsa Malaysia (TI).Majlis menandatangani ikrar berkenaan disaksikan Presiden TI, Datuk Paul Low.Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Empat teras utama yang terkandung dalam ikrar berkenaan ialah:

1. Calon perlu mematuhi prinsip kebenaran, integriti, tingkah laku yang beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dalam apa-apa cara dalam amalan rasuah;

2. Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan;

3. Melakukan tadbir urus yang baik dan telus;

4. Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana