PRU13: Kemenangan besar BN lonjak pasaran saham


Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan melonjakkan pasaran saham negara dan keyakinan pelabur ke tahap tinggi, kata Datuk Seri Najib Razak.Perdana Menteri berkata, keadaan memberangsangkan hasil kejayaan BN mendapat mandat untuk membentuk kerajaan yang kuat itu nanti akan memberi 1,000 rahmat kepada negara dan rakyat.“Saya yakin dan percaya kalau mandat itu menyebabkan kerajaan baru yang kuat, pasaran saham negara akan melonjak selepas berita kemenangan besar memihak kepada BN. Ini kata-kata yang saya dengar, bukan saya punya pendapat, yakni (pendapat) kalangan penganalisis pasaran serta mereka yang tahu mengenai pasaran dan saham.

bnmenang“Mereka kata kalau BN menang besar, tentu sekali keyakinan pelabur akan terus melonjak ke tahap yang tinggi,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Chap Goh Mei sempena Tahun Baru Cina 2013 bersama Perdana Menteri di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Indah, semalam.

Majlis menghimpunkan kira-kira 30,000 warga Selangor itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat.Sementara itu, Najib berkata, Selangor amat penting kepada masa depan negara dan tidak boleh dibiarkan diperintah parti berlainan daripada Kerajaan Pusat sehingga mengakibatkan banyak masalah, sebaliknya mandat perlu diberi kepada BN untuk membentuk kerajaan di negeri itu dan Pusat supaya Selangor semakin maju dan negara lebih berjaya.Dalam pada itu, beliau berkata, konsep `kongsi’ semakin menjadi amalan rakyat negara ini yang menunjukkan masyarakat berbilang bangsa boleh saling menerima unsur budaya masing-masing, menjadikan Malaysia negara teristimewa dan sangat unik.

“Kepelbagaian agama, kaum dan budaya tidak jadi penghalang kejayaan yang kita dapat lihat selama ini. Semangat saling menghormati adalah asas usaha kita membina negara bangsa aman dan stabil. Sebab itulah dalam televisyen, ada video promo saya pukul gendang Cina... ini tanda saya sebagai Perdana Menteri menghormati budaya orang Cina,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana