PM Cabar SUPP Jadi Parti Pilihan Masyarakat Cina Sarawak

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyahut cabaran untuk muncul sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) yang disegani serta parti pilihan masyarakat Cina di Sarawak.Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata anggota SUPP mesti bersatu dan mengetepikan perbezaan dalaman parti apabila berdepan dengan ujian sebenar meraih sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum.

"Saya mahu SUPP memainkan peranan anda. Semoga anda menyahut cabaran dan memikirkan masa depan Malaysia, BN dan SUPP sebagai parti dalam semangat sebenar sambutan Tahun Baharu Cina dan melambung Yee Sang," katanya.Najib berkata demikian dalam ucapannya di hadapan lebih 10,000 pengunjung pada perhimpunan sambutan pra Chap Goi Mei anjuran SUPP di bandar baharu, MJC Batu Kawah, di sini, Khamis malam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana