Peserta ladang rakyat tuntut janji....Zalimnya PAS ni


GUA MUSANG: Isu Ladang Rakyat yang menghantui penduduk di Hulu Kelantan rupanya tidak pernah selesai malah ia semakin menimbulkan banyak tanda tanya yang memerlukan penjelasan kerajaan Kelantan pimpinan PAS.Sejak diperkenalkan pada 2006, isu Ladang Rakyat terus panas kerana didakwa tanah yang diambil atas nama pembangunan pertanian itu tidak pernah direstui penduduk.Ada penduduk yang mendakwa tanah yang diusahakan mereka sejak berpuluh tahun dan merupakan sumber rezeki mereka selama ini dirampas begitu sahaja tanpa sebarang pampasan dan penjelasan.Bukan sahaja penduduk tempatan yang merasakan diri mereka tertipu dengan permainan itu tetapi ia juga melibatkan masyarakat Orang Asli yang mendakwa tanah yang diambil itu merupakan tanah adat mereka.Terbaharu, peserta Ladang Rakyat sendiri pula mengeluh dan menuntut kerajaan negeri terutama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat melunaskan janji terhadap mereka sejak 2008 lagi.
Bagi mereka ia merupakan satu penipuan dan demi menuntut kebenaran, mereka sanggup membawa kes itu sehingga ke muka pengadilan.

Bagi 56 peserta Ladang Rakyat di Paloh 4 yang membabitkan tanah seluas hampir 400 hektar di sini, janji untuk diberikan tanah 4 hektar dan sebidang tanah bagi membina rumah untuk setiap seorang diibaratkan seperti menunggu buah yang tidak gugur.

Mereka juga turut dijanjikan menerima gaji RM750 sebulan dan insentif lain yang dikira mereka mampu untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga.Harapan peneroka generasi kedua dan ketiga itu dilihat semakin kusut apabila melihat ladang berkenaan yang ditanam pokok kelapa sawit seolah-olah menjadi "ladang hantu" tanpa diselenggara sejak tiga tahun lalu.Lebih membingungkan hanya ada kira-kira lima atau enam pekerja rakyat asing termasuk tempatan yang diletakkan menjaga ladang seluas mata memandang itu.Bagi Mustafa Mohd Daud, 60, harapan untuk melihat anaknya diberi sijil perakuan sebagai peserta generasi kedua dan ketiga oleh perbadanan itu mungkin lebur.
"Pakcik ada keluarga yang besar dengan dua anak sudah berkeluarga..cuba bayangkan semuanya 16 orang tinggal dalam satu rumah tiga bilik ini. Kalau seorang anak pakcik diterima duduk (menjadi peserta generasi kedua dan ketiga) di ladang ini legalah pakcik."Pakcik rasa ini tipu belaka. Tipu anak pakcik macam tipu pakcik jugalah. Semuanya untuk berpolitik bagi menggelapkan mata kami ketika tanah ini diambil kononnya ia untuk kami juga," katanya.Ketua peserta Mohd Fauzi Mohamad, 43, yang merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gua Musang berkata kesemua peneroka yang mendapat sijil perakuan sebagai peserta itu merupakan penyokong kuat pembangkang."Semua kami ditemuduga exco-exco kerajaan negeri ketika itu untuk dipilih menjadi peneroka. Janji mereka selepas tiga tahun, semua ini akan kami dapat. Mana dia janji mereka? Malah ladang semakin semak," katanya.

Beliau bersama peneroka yang lain bercadang untuk membuat laporan polis dan mengheret mereka yang berjanji itu ke muka pengadilan termasuk membawa isu itu ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia."Kami sudah tidak percayakan kerajaan negeri yang dipimpin PAS lagi. Cukuplah mereka memperdayakan kami," katanya.Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Ripin, 30an, berkata pada 2008, beliau ditawarkan tanah ladang seluas 4.046 hektar serta sebidang lot rumah oleh kerajaan negeri, namun sehingga kini janji tinggal janji."Kerajaan negeri berjanji dalam masa tiga tahun nak serah tapak ladang dan rumah, tapi sampai sekarang tak dapat apa-apa. Saya sekarang tinggal menyewa di Paloh 2 bersama isteri dan tiga anak yang berusia di antara 12 tahun dan 10 bulan," katanya.Sementara itu, ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah mendakwa bukan sahaja peneroka yang teraniaya dengan cara pembahagian tanah oleh kerajaan negeri, malah agensi kerajaan, terutama Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) turut menerima tempias.

"Kerajaan negeri menganggap tanah itu tanah dia sedangkan sudah dibayar premium (oleh Kesedar), dan bukannya premium ini dibayar setahun dua, tapi sudah berpuluh-puluh tahun, sudah menjadi hak Kesedar sepatutnya," katanya.Bagi ADUN Nenggiri Mat Yusoff Abd Ghani, kerajaan negeri sering tidak mendengar keluhan masyarakat apabila sesuatu isu timbul, terutama berkaitan pengambilan tanah di beberapa tempat di negeri ini."Rakyat mengeluh, memberontak, namun kerajaan negeri buat tak endah. Mereka tak dengar suara rakyat. Ramai penduduk di sebelah utara Kelantan datang ke sini untuk teroka tanah, tapi akhirnya dirampas walaupun premium telah dibayar," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana