Perghhh....Pemilik rumah dibawah ini antara pentaksub kepada Mursyidul Am Pas Nik Aziz


Gambar tersebut dirakamkan di Kampung Kuchelong, Bachok Kelantan, disamping rumahnya dicat dengan warna hijau, gambar Nik Aziz turut dijadikan sembahan apabila pemilik rumah ini mengagungkan gambar tersebut dengan meletaknya dipintu masuk rumah berkenaan.

Kalaulah macam ni akhlak penyokong Pas, bagaimanalah dengan akidah generasi yang akan datang, mengagungkan Nik Aziz bagaikan Tuhan, sikap jahiliah yang diterapkan ini wajib dikikis agar umat Islam berpegang kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah bukannya ajaran Pas yang dibawa oleh Nik Aziz.

Kebiasaannya kita sering melihat gambar-gambar Nik Aziz hanya digantung didalam rumah, namun hari ini cukup berbeza, gambar Nik Aziz digantung dihadapan pintu rumah yang hampir menyerupai amalan agama-agama tertentu, dan amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Sepatutnya penyokong kepada perjuangan Islam harus lebih faham hukum hakam mengenai perkara ini, sekalipun gambar yang dipuja itu orang yang mulia, Islam tetap tidak membenarkannya, bahkan bertambah jijiknya umat Islam bilamana mengagungkan sekaligus mendewakan makhluk yang kata-katanya tidak pernah konsisten, dan hidupnya pula lebih utama mengajak manusia kepada Parti Pas bukannya kepada Allah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana