Pemuda Umno Sokong Mufti Perlis & Dr Mohd Asri Bertanding PRU13


KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno mengalu-alukan penglibatan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan bekas Mufti negeri itu, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.Ketua Pemudanya,

Khairy Jamaluddin berkata, PRU-13 kali ini bakal menjadi pilihan raya bersejarah jika benar kedua-dua ulama ini bertanding."Kalau mereka berdua bertanding untuk Umno, Alhamdulillah, kami mengalu-alukan penyertaan mereka. Namun jika mereka memilih parti lawan, kita perlu terima keputusan tersebut.
"Ia pasti menjadi pilihan raya bersejarah kerana kedua-dua ulama terpanggil untuk bertanding pada pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, Jumaat.Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Jumaat berhubung dakwaan penglibatan kedua-dua tokoh agama itu dalam pilihan raya umum kali ini.Jelas Khairy, penglibatan mereka bakal memberi laluan kepada para ulama menyertai bidang politik."Mereka membawa mesej yang mendalam. Mungkin tokoh-tokoh lain sedang menunggu 'wahyu' untuk buat keputusan sama ada bertanding atau tidak dan panji yang mereka nak bawa," kata beliau yang mengakui mengenali rapat kedua-dua tokoh ulama ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana