Pemimpin DAP Selangor bakal sertai BN?


KLANG 2 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil mendedahkan yang seorang pemimpin DAP Selangor telah menyatakan hasrat menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat ini.

ADUN yang mewakili BN itu mendakwa, hasrat tersebut disampaikan oleh pemimpin itu kepada beliau melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepadanya minggu lalu.

Abdul Rahman bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin DAP itu sebaliknya meminta wartawan menunggu 'berita baik' yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Pemimpin itu menyatakan hasrat menyertai BN kerana tidak berpuas hati dengan masalah dalaman yang menimpa DAP selain masalah dalaman pakatan pembangkang yang memerintah Selangor.

"Jadi kita tunggu sahajalah berita baiknya tidak lama lagi," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana