Pemimpin akar umbi DAP kecewa dengan Guan Eng


KUALA LUMPUR 5 Feb. - Pemimpin akar umbi DAP terus melahirkan rasa kurang senang dan kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng yang masih ‘membisu’ dengan isu penggunaan kalimah Allah yang dicetuskan.

Malah Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia, Richard Francis Sosay berkata, Guan Eng tidak seharusnya mencampurkan isu politik dengan agama kerana tindakan itu boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini selain mengakibatkan percakaran sesama ahli parti pembangkang.

“Mengapa perlu memberi perutusan seperti itu pada Hari Krismas? Bukankah itu hak eksklusif orang Islam, mengapa mahu menyinggung perasaan mereka? Saya bingung dan kecewa dengan ucapan beliau.

“Saya sebagai seorang Kristian yang berpegang teguh dengan agama saya tidak akan sesekali menyukai andai ‘orang luar’ bercakap tentang agama kami. Jangan gunakan agama sebagai sandaran untuk berkuasa dalam politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana